Jan 28, 2017

Terima Kasih CINTA

Assalamualaikum...

CINTA anugerah dari ALLAH untuk kita semua. Kerana CINTA, kita bertemu dan belajar erti pengorbanan, kasih sayang tak bersyarat, tolak ansur dan persahabatan. Kalau hati tiada secebis pun rasa CINTA, kita bukanlah manusia kerana perasaan itu lumrah hidup ini.

Kerana CINTA, Cik Kis hadir dalam hidup mama dan arwah abah. Terima qaseh mama dan arwah abah 'for your unconditional love'. Terima qaseh sebab mendidik dan besarkan cik kis.

Kerana CINTA, Cik Kis ada lagi 3 adik beradik tersayang. Walaupun jarang berjumpak, usik mengusik tu adalah wajib bila ada depan mata. Yang selalu menjadi mangsa adik bongsu Cik Kis. Walaupun dia dah bergelar Ibu di usia muda....dia tetap kecik di hati Cik Kis.

Kerana CINTA, Cik Kis bertemu si DIA di tepi pantai (chewaahh! hik hik hik!). Menjalani hidup di samping si DIA bersama 3 JEWA amat bermakna buat Cik Kis, Bertemu Si DIA, Cik Kis dapat BONUS....extra ABAH dan MAK serta 3 lagi ADIK BERADIK + 2 biras + anak sedara. MERIAHKAN???? 👪👪👪


Dengan keizinan dan sokongan si DIA, Cik Kis bertemu jodoh kali ke-2! Jodohku dengan QASEH GOLD!!! Terima qaseh ABANG. Terima qaseh Jewa-Jewa mama kerana sanggup bersabar bila mama pergi ke gedung ILMU bersama sahabat-sahabat QASEH. 

Kerana CINTA, Cik Kis bertemu dengan sahabat-sahabat dalam jemaah QKN yang sangat 'LOVING, CARING AND VERY SUPPORTIVE', Rezeki yang ada di kongsi bersama. Ilmu yang ada di kongsi bersama. Indahnya hidup Cik Kis dalam berQASEH.

Kerana CINTA, Cik Kis bersyukur kerana semua ini hadir dalam hidup ini adalah pemberian yang merupakan pinjaman dari ALLAH sahaja. TERIMA QASEH ALLAH....ALHAMDULILLAH.

Jan 22, 2017

10 perkara yang paling syok!!!

Ada macam-macam benda/perkara yang Cik Kis suka buat sepanjang hidup ni...

10 yang paling syok buat! Kalau tak buat, rasa tak complete hidup ni. Apa dia???

1. Mengusik bonda time dia memasak.
Tiap kali bonda masak, mesti dia tanya pendapat Cik Kis apa rasa dia? Macam biasa rasa 2 3 sudu...lepas tu buat muka kompius macam ada something tak kena. Muka bonda terus cuak..."awatnya? apa yang tak cukup?", tu la soalan wajib dia. Dengan kompiden Cik Kis jawab..."memang ada yang tak cukup...NASI!". Kalau tak sempat lari, dapat la penyekeh seketoi dari bonda....ADEH!!!

2. Dengar leteran bonda.
Masa kecik-kecik dulu tak suka kena marah/leter dengan bonda. Serabut je rasa. Sekarang bila dah ada famili sendiri dan selalu membebel kat anak-anak (cik abang pun kena jugak...kadang-kadang je), rindu pulak dengaq bonda beletiaq (loghat utara untuk berleter). Walaupun tak ada depan muka, dapat dengar dia berleter kat telefon pun jadi la.....hilang stress. Hehehe.....

3. Masak ikut suka hati
Cik Kis suka masak tapi tak suka ikut resepi yang rigid. Semak perut! Apa ja yang ada kat dapur, semua boleh masak dan makan. Alhamdulillah cik abang dan anak-anak tak cerewet kecuali hero yang sulung (western sikit). Dia suka roti dan pastry je...hai la anak.

4. Jalan-jalan cari makan
Bab ni memang Cik Kis dan cik abang suka buat. Asbabnye...kami ni banyak habiskan masa dirantau orang, dari kecik sampai la sebelum kahwin. Semua jenis makanan yang menarik mesti nak kena try. Kalau dah tergoda, balik je sanggup google resepi lepas tu try masak kat rumah. Tukang komen cik abang...kalau sedap je, mesti dia cakap..."boleh buat jual ni sayang". Sabor je la....

5. Melancong...cuci mata....rehat minda
Seronok melancong ni, tak perlu susah payah nak pikir sangat pasal budget. Sebab kat Malaysia ni sangat banyak tempat menarik. Pergi melancong ikut budget. Kalau budget besar, boleh pergi tempat yang jauh. Kalau budget ciput, pergi je la tempat-tempat yang dekat dengan tapak mastautin kita. Tak susah pun kan???

6. Cuci mata kat Pameran Kereta (semua jenis)
Kalau ada masa terluang atau kebetulan ada depan mata, Cik Kis akan ajak cik abang tengok pameran kereta. Seronok sebab ini antara aktiviti yang selalu Cik Kis buat dengan arwah abah masa dia masih ada. Dia akan ajar macam mana nak kenal kereta yang berbaloi untuk dibeli. Dia ajar macam mana nak tengok enjin kereta tu. Banyak sangat ilmu pasal kereta yang ajar kat Cik Kis. I Missed U ABAH!!!

7. SCUBA DIVING
Hmm....dah lama sangat tak buat aktiviti ni. Rindu gilosss!!! Tak sabar nak tunggu semua anak-anak ni besar, nak bawa pergi diving sekali. Last pergi diving masa bujang di Terengganu. Memang awesome sangat rasa bila dapat lepak dalam laut sambil cuci mata tengok alam ciptaan Allah yang satu ni. SUBHANALLAH!!! 

8. Teman Duet cik abang bila Karaoke
Haaa....jangan salah paham ye. Kami berduet dekat rumah je...anak-anak adalah audience dan pengkritik tegar kami. Hehehe...

9. Suka Decorate Rumah
Cik Kis dapat kemahiran/hobi ni dari bonda. Agak-agak bosan tengok keadaan rumah, maka proses mengalihkan kedudukan perabot pun berlaku. Kekerapan aktiviti ni biasanya berlaku 2 @ 3 bulan sekali. Haru kan???

10. I LOVE BAKING
Cik Kis suka bakor-bakor segala jenis kek. Kalau kemalasan melanda...Cik Kis buat kek yang tak payah bakor. Lagi senang! 

Banyak lagi nak cerita sebenarnya, cukup la setakat ni dulu. Lain kali Cik Kis cerita lagi na....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...